Thursday 14 July 2011

berbilang kaum di Malaysia :)


Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana di negara ini terdapat berbilang kaum dan mengamalkan sikap toleransi dan bersatu padu.Namun begitu masih ada pihak yang cuba merosakkan keharmonian di negara kita ini.



Baru-baru ini sekumpulan individu yang menggelar diri mereka BERSIH cuba menggulingkan kerajaan yang ada sekarang dan menjatuhkan orang Melayu.Perbuatan mereka ini mampu menggugat keamanan di negara yang telah dikecapi selama ini kerana negara-negara lain boleh mengambil kesempatan di waktu sebegini.

1Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan



Thursday 7 July 2011

Pahlawan Melayu..:)

TOK JANGGUT

TOK GAJAH

LEFTENAN ADNAN

ROSLI DHOBY

\
RENTAP

DATUK SERI MAHARAJALELA

inilah yang dapat saya kongsikan pada pos kali ini...:)







Tuesday 28 June 2011

Mitos & Legenda :)

Setiap negeri di Malaysia ada mitos dan legendanya tersendiri..Ini adalah antaranya:-

HIKAYAT HANG TUAH DAN 5 BERSAUDARA (MELAKA)
Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Kasturi dan Hang Lekiu.Ini merupakan legenda dari Melaka yang popular dan masih kekal sehingga kini


Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya sastra Melayu yang sangat terkenal, cerita tentangHang Tuah.

Pada masa keemasan Kerajaan Malaka tersebutlah 
Kisah, Cerita Hang Tuah, seorang laksamana perkasa. Ia berasal dari rakyat biasa, lahir sebuah gubug usang. Namun berkat keberaniannya, Hang Tuah amat dikasihi dan akhirnya menjadi orang kepercayaan Raja. Maka tampillah Hang Tuah sebagai pemuka kerajaan.

Dalam Kisah, Cerita, Hang Tuah memiliki beberapa sahabat dekat: Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Beberapa pendapat mengatakan kedua tokoh terakhir sebenarnya hanya satu orang dua nama. Namun adapula berpendapat kelima kawan diatas adalah versi Melayu dari para Pandawa lima, tokoh utama dalam wiracarita Mahabharata.

Kisah, cerita Hikayat Hang Tuah berputar pada kesetiaan Hang Tuah pada sang Sultan. Bahkan ketika Hang Tuah dikhianati lalu dibuang, teman karibnya, Hang Jebat yang memberontak membelanya tapi akhirnya malah dibunuh. Bagi kalangan 
Bangsa Melayu masih kontroversial. Siapakah yang benar: Hang Tuah atau Hang Jebat?

Setting cerita Hang Tuah di Malaka sekitar abad ke-14 Masehi. Sebab banyak diceritakan dalam hikayat tersebut, perseteruan antara Malaka dan Majapahit.


MAHSURI (LANGKAWI,KEDAH)

Potret Mahsuri

Makan Mahsuri

Zaman Perawan Mahsuri

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.
Tragedi Mahsuri

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri



Kesan Tragedi Mahsuri

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.



Langkawi kini selepas tamatnya sumpahan

CIK SITI WAN KEMBANG (KELANTAN)


Apabila Sultan Mansur Shah (Kelantan) mangkat 1526, maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584.

Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara Di Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610, maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".

Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.

Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka di sebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638. Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649.

Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal.

Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.





Pemimpin2 negara yang memajukan negara kita :)

Thursday 23 June 2011

Kemerdekaan Negara :)

Negara telah dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun.Semuanya ingin merampas kekayaan sumber asli Tanah Melayu dan bentuk muka bumi Malaysia yang bergunung-ganang,terlindung dari tiupan angin monsun dan lain-lain.


Inilah negara-negara yang pernah menjajah negara kita suatu ketika dahulu



MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!..itulah lata-kata keramat yang dilaungkan rakyat Malaysia.Tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.Alangkah gembiranya sesiapa sahaja yang hidup di Malaysia pada waktu itu setelah terlepas dari belenggu penjajah.


Berterima kasihlah kepada mereka yang telah bersusah-payah dalam memerdekakan negara kita dan para perajurit yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan maruah negara.
~AL-FATIHAH~

sejarah awal negara kita :)

Setiap negara mempunyai sejarah awal tersendiri termasuklah negara kita Malaysia.Saya ingin berkongsi kepada semua sedikit ilmu untuk memartabatkan sejarah negara kita.

ZAMAN PRASEJARAH MALAYSIA
ZAman prasejarah terbahagi kepada 4 iaitu Zaman Paleolitik,Zaman Mesolitik,Zaman Nesolitik dan Zaman Logam.Namun begitu Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

Antara lokasi zaman prasejarah di Malaysia ialah...
Lenggong,Perak..Tingkayu,Sabah.dan beberapa lagi.



kaedah pengkajian sejarah


Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. 
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah
Kaedah bertulis

kaedah arkeologi